Hahahaha! Poligami ---- tidak baik untuk kesihatan. Nyau teringat ke contoh menulis surat rasmi SPM ke di email dk sarinya. HAHAHAHAAH! This time JJ write; (Quoted by Siput)
Jelu Jipun
123 Address Dia,
Sibu Sarawak
Suruhanjaya Gereja-Gereja Malaysia
1234 Di mana Sahaja
KL
Tarikh: Somewhere in 2011
PERKARA: PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI SUPAYA DILULUSKAN OLEH PIHAK GEREJA
Tuan,
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sebab utama permohonan ini dilakukan adalah kerana kuota yang diberi oleh pihak tuan pada peringkat ini tidak mencukupi untuk menampung permintaan terhadap saya selaku seorang insan yang bergelar lelaki. Permintaan yang tinggi ke atas seseorang yang bergelar lelaki ini lah yang mendorong saya untuk memohon untuk berpoligami kerana insan yang bergelar lelaki pada zaman sekarang semakin berkurangan biar di pasaran tempatan mahupun di pasaran global.
3. Memandangkan konsumer tempatan yang tidak berdaya saing dengan konsumer global, saya ingin mengajukan permohonan ini ke peringkat yang seterusnya agar saya boleh memperkembangkan bakat yang saya miliki ini untuk dikongsi dengan konsumer-konsumer di seluruh dunia. Dengan itu, saya juga ingin memohon imuniti bagi pihak saya supaya tidak dikecam oleh pihak gereja di tempat lain. Dengan kelulusan yang diberi oleh pihak tuan, kita dapat menyelamatkan dunia ini daripada ancaman kepupusan kerana kekurangan jumlah lelaki berbanding perempuan.
4. Segala kerjasama daripada pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak tuan meluluskan permohonan saya ini dengan secepat mungkin kerana nyawa, jiwa dan raga saya berada di dalam tangan pihak tuan. Dengan ini, saya lampirkan dokumen-dokumen permohonan dan surat-surat kahwin saya untuk tandatangan pihak tuan.
Akhir kata, saya berharap pihak tuan meluluskan permohonan ini agar saya dan insan-insan lelaki lain yang seperti saya dapat membendung bencana ancaman kepupusan di dunia ini. Sekian terima kasih.
"BERSEDIA BERKONGSI UNTUK DUNIA"
Yang Memohon,
Jelu Jipun.
No comments:
Post a Comment